Rumah Pokok Ini Berharga Lebih RM 9 Juta





Salam semua, masih ingat lagi dengan pembawa watak jahat 'The Jocker' dalam filem Batman 'The Dark Night' lakonan mendiang Heath Ledger? Watak beliau dalam filem tersebut menjadi sebutan peminat filem Batman sehingga ke hari ini. Selain itu watak beliau sebagai anak Mel Gibson dalam filem 'The Patriot' tahun 2000 paling saya sukai.
Kini rumah mendiang Heath Ledger di Hollywood Hills dikhabarkan akan dijual pada harga RM9,479,174.89. Menurut Dailymail, Jumaat, rumah yang dinamakan 'The Tree House' itu dibina pada tahun 1951 dengan dua bilik tidur, dua bilik mandi dan dapur serta dilengkapi dengan dinding batu bata dan nuansa retro.





Terdapat bilik sederhana yang bernuansa kontemporari dan ruang yang luas untuk mengadakan pertemuan. Ada juga taman zen seperti dalam filem 'Alice in Wonderland'. Rumah tersebut terletak di bukit terpencil dengan keluasan hampir setengah hektar. Di luarnya terdapat kawasan yang menempatkan ruang memanggang dan unggun api.
Sebelum ini, pelawak, hos televisyen dan pelakon Ellen DeGeneres sempat memiliki rumah tersebut namun sudah dijual lagi. Ledger yang pernah berlakon dalam filem 'Brokeback Mountain' telah meinggal dunia ketika umurnya 28 tahun akibat terlebih mengambil dadah pada tahun 2008 lalu

Catat Ulasan