Mitos Malam Pertama Yang Tidak Harus Dipercayai



Pada malam pertama, pasangan yang baru berkahwin biasanya merasa bahagia, namun pastinya terdetik juga rasa gusar dan khuatir. Perasaan ini umumnya dirasakan oleh pasangan yang akan melakukannya untuk pertama kali. Mengapa? Kerana ada banyak mitos keliru tentang malam pertama yang menjadi ketakutan, padahal perkara itu belum tentunya terjadi.

Berikut adalah beberapa mitos tentang malam pertama yang sering dipercayai oleh kita...

Mitos 1: Wanita mesti ada 'pendarahan'

Menurut kepercayaan sebahagian besar lelaki, perdarahan merupakan tanda untuk membuktikan pasangan yang dinikahinya masih lagi dara/perawan kerana ketika selaput dara pecah, wanita akan mengalami perdarahan. Namun, kenyataannya tidak semua wanita harus mengalami pendarahan untuk membuktikan keperawanannya.

Sering melakukan aktiviti sukan dan olahraga yang merenggangkan otot pinggul, kurangnya pembuluh darah di selaput dara atau cairan mazi yang banyak, merupakan faktor-faktor yang akan membuatkan wanita tidak mengalami perdarahan pada hubungan seks pertama.

Mitos 2: Seks pertama kali selalu menyakitkan

Ramai wanita takut melakukan hubungan seks kerana mereka tidak dapat membayangkan kesakitan yang akan dialami pada kali pertama melakukannya. Sebagaimana tidak semua wanita mengalami perdarahan pada seks pertama, demikian juga tidak semua wanita memiliki selaput dara yang utuh. Seks pertama kali jadi menyakitkan jika selaput dara masih ada.

Foreplay yang cukup adalah teknik paling mudah untuk membuatkan hubungan seks pertama kurang menyakitkan. Jika ditambah dengan beberapa aktiviti seperti berbasikal, menunggang kuda, seni bela diri dan senaman regangan dapat mengendurkan selaput dara dan membuat otot di sekitar alat kelamin menjadi lebih renggang, sehingga membuat seks kali pertama tidak terlalu menyakitkan.

Jadi tidak perlu khuatir, jika malam pertama terasa menyakitkan maka lakukan secara perlahan.

Mitos 3: Buang air kecil dapat mencegah kehamilan

Adakala pasangan yang baru berkahwin belum bersedia untuk menimang cahayamata dan mencari beberapa solusi untuk mengelakkan kehamilan.

Ramai yang percaya jika seorang wanita membuang air kecil dengan segera selepas melakukan hubungan seks, sperma akan keluar untuk mencegah kehamilan. Faktanya, air kencing dikeluarkan melalui pundi dan salur kencing sedangkan sperma memasuki rahim melalui ovari. Jadi membuang air kecil untuk mencegah kehamilan adalah mitos semata-mata.

Catat Ulasan