Tiba masanya sistem Khilafah Islam bangun melawan sekularisme


Khilafah (caliphate), adalah corak kepemimpinan, biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pentadbiran yang dipraktikkan dalam Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan khalifah.
Selepas penaklukan sekular (pecah & perintah) ke atas sistem khilafah Islam terakhir (Turki Uthmaniyyah) pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) lebih 80 tahun dahulu, kaum kafir berjaya mencerai-beraikan negeri-negeri Islam yang satu menjadi banyak negeri dan wilayah serta meletakkan batas-batas dan pemisah-pemisah di antaranya. Sebagai pengganti negara Khilafah Islamiyah, kaum kafir mendirikan puluhan negara boneka yang kerdil serta mengangkat para penguasanya di sana sebagai pembesar negara untuk menjalankan arahan sekular. Mereka menghapuskan Syariat Islam dalam aspek pemerintahan, ekonomi, hubungan antarabangsa, hal-hal dalam negeri dan semasa, dan kehakiman. Mereka kini berjaya memisahkan agama dari hal kenegaraan,  dan membatasi peranan agama Islam hanya dalam sebahagian aspek ibadah dan hukum-hukum keluarga/ sahsiah. Mereka juga telah menghancurkan peradaban (hadharah) Islam dan mencabut pemikiran-pemikiran Islam untuk kemudian digantikan dengan peradaban dan pemikiran-pemikiran Barat.
Menurut al-Quran, segala sesuatu di Bumi ini, termasuk daya dan kemampuan yang diperolehi seseorang hanyalah kurnia daripada Allah (swt). Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keredhaan-Nya.
Khalifah dianggap sebagai pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut Sunah Waljamaah, khalifah dilantik oleh rakyat atau wakilnya, sedangkan pengikut Syiah menganggap hanya Ahlul Bait yang berhak menjadi khalifah.

Catat Ulasan