Apa Anda Buat Jika Ada RM300 Juta ?

Seperti yang selalu kita ketahui, pasangan berkahwin yang telah bercerai pasti akan melakukan sesuatu yang pelik selepas bercerai. Antaranya membaling kerusi meja, untuk melepaskan kemarahan, membuang cincin perkahwinan ke dalam mangkuk tandas dan pelbagai lagi perkara pelik.

Tetapi jika anda mendapat wang hasil perceraian sekitar RM 300 juta (USD100 Million), pasti akan ada kelainan yang anda lakukan. Inilah yang di lakukan oleh bekas isteri Tiger Wood, Elin Nordegren. Beliau baru sahaja membeli sebuah rumah bernilai RM36 juta (USD 12 Million).


 
SEBELUM


 
SELEPAS

Rumah yang terletak di North Palm Beach itu mempunyai 6 bilik tidur dan 8 bilik air, di robohkan sama sekali oleh Elin Nordegren kerana khabarnya beliau tidak berpuas hati dengan rumah tersebut. Tidak di nyatakan pula, adakah beliau akan membina rumah yang baru di atas tanah tersebut. Beginikah jika anda ada wang RM 300 juta ?

Catat Ulasan