24 Kematian Unik Yang Pernah Berlaku Didunia

12 Cara cara kematian pelik
Diktaktor Nigeria, Sani Abacha, meninggal di kediamannya, di Abuja kerana mengalami serangan jantung. Dikatakan meninggal kerana konklusi akibat pengambilan pil viagra yang berlebihan untuk persediaan pesta seks pada tahun 1998
  
2. Penunggang Kuda Meninggal Tapi Menang Perlumbaan
22 Cara cara kematian pelik
Frank Hayes, penunggang kuda lumba atau joki, mendapat serangan jantung ketika dalam perlumbaan. Kudanya yang bernama Sweet Kiss, tetap meneruskan perlumbaan dan berjaya memenanginya. Frank Hayes menjadi satu-satunya penunggang kuda yang berjaya menjadi juara ketika sudah meninggal. (1953)
  
3. Di Langgar oleh MiG-23
Seorang remaja dari Belgium mati dilanggar oleh jet pejuang Soviet MiG-23. Pesawat dari Polandia yang bergerak sendiri dengan autopilot setelah pemandunya keluar kerana kegagalan alarm palsu . (1989)
  
4. Dibunuh Dan Dimakan Oleh Rakan Sekelas
31 Cara cara kematian pelik
Renée Hartevelt berumur 25 tahun berasal dari Belanda yang belajar di Paris, dibunuh dan dimakan oleh seorang rakan sekelas, Issei Sagawa. Kejadian berlaku ketika Issei memjemput Renee makan malam sambil berbincang mengenai sastera. Pembunuh ini dikatakan tidak layak untuk diadili dan kes tersebut telah dibawa ke Jepun sebelum Iseei dibebaskan setelah ditahan selama lima belas bulan. (1981)
  
5. Putera Mahkota Membunuh Ahli Keluarga
41 Cara cara kematian pelik
Pada 1 Jun, Putera Mahkota Dipendra dari Nepal, marah kerana persengketaan masalah perkahwinan (dan mungkin dalam keadaan mabuk), dikatakan telah mengamuk sewaktu makan malam dan telah menyerang seluruh ahli keluarga kerajaan, termasuk ayahnya sendiri iaitu raja. Namun kerana sudah menjadi adat dan tradisi Dipendra, walaupun dalam keadaan koma akibat dari kecederaan, beliau dilantik menjadi raja selama tiga hari sebelum meninggal pada tarikh 4 Jun. Beliau diganti oleh sepupunya iaitu anak lelaki dari ayah saudaranya yang menjadi satu-satunya orang yang terselamat ketika kejadian makan malam berdarah tersebut. (2001)
  
6.Mati Kerana Merliwat Haiwan
Kenneth Pinyan Enumclaw dari Seattle Washington,  meninggal kerana dijangkitai peritonitis setelah melakukan anal seks atau pun meliwat seekor kuda jantan. Kes ini telah mengakibatkan lahirnya undang2 diskriminasi terhadap binatang di Washington. (2005)
  
7. DiLibas Oleh Kipas Helikopter 
51 Cara cara kematian pelik
Vic Morrow, seorang pelakon terpenggal kepalanya ketika menjalani pengambaran filem “Twilight Zone: The Movie”. Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 orang termasuk dua pelakon kanak-kanak Myca Dinh Le dan Renee Shin-Yi Chen. (1982)
  
8. Kerana Isteri Ketika Perang Dunia Pertama
61 Cara cara kematian pelik
François Faber dari Luxembourgean juga adalah pemenang Tour de France, meninggal di dalam sebuah longkang ketika Perang Dunia I. Kejadian itu berlaku kerana beliau telah ditembak secara tidak sengaja ketika beliau menerima satu telegram yang mengatakan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Posisinya yang terbuka ketika beliau bersorak kegembiraan, menyebabkan beliau secara tidak sengaja telah ditembak oleh penembak tepat (sniper) Jerman (1915).
  
9. Ahli Politik Tembak Tiri Semasa Siaran Langsung
71 Cara cara kematian pelik
R. Budd Dwyer, seorang ahli politik dari parti Partai Republik, telah membunuh diri sendiri ketika siaran langsung dalam rancangan televisyen. Berkemungkinan akan dipenjarakan selama 55 tahun kerana terlibat dalam satu konspirasi, Dwyer telah menembak kepalanya sendiri dengan pistol. (1987)
  
10. Dibunuh dengan Payung
8 Cara cara kematian pelik
Georgi Markov, seorang dari pihak pembangkang Bulgaria, dibunuh dengan menggunakan racun di London oleh seorang penyerang yang tidak dikenali. Beliau telah ditembak di bahagian kaki dengan menggunakan payung yang telah diubahsuai khas, dimana peluru payung tersebut mengandungi racun yang blh membunuh. (1978)
  
11. Brandon Lee Dan Peluru Ajaib
9 Cara cara kematian pelik
Brandon Lee, anak lelaki Bruce Lee, tertembak oleh salah seorang pelakon secara tidak sengaja dengan menggunakan senapang jenis .44 Magnum ketika sedang menjalankan penggambaran filem The Crow. Adengan yang sepatutnya penembak menembak dengan kotak peluru yang kosong, namun, tanpa pengetahuan kru filem, senjata api teknikal itu didapati mengandungi sebutir peluru hidup yang telah di isi di dalam senjata itu. (1993)
  
12. Menelan Pencungkil Gigi Di Pesta
10 Cara cara kematian pelik
Sherwood Anderson, seorang penulis, telah tertelan pencungkil gigi dalam satu pesta dan kemudiannya telah meninggal dunia akibat kompilasi dalaman dari pencungkil gigi tersebut. (1941)
13. Pedang Foil Tertikam Dimata
111 Cara cara kematian pelikVladimir Smirnov, juara Olimpik dalam acara lawan pedang, meninggal kerana kerosakan otak selama sembilan hari setelah pedang foil pihak lawannya menembusi bola mata dan terus ke otak ketika dalam pertandingan. (1982)
  
14. Jack Daniel’s Mati Setelah Menendang
121 Cara cara kematian pelik
Jack Daniel, pengusaha pembuatan wiski Tennessee terkenal, meninggal kerana keracunan darah akibat kecederaan di kaki yang dialami setelah menendang kerana marah sebab tidak dapat mengingati kod kombinasi. (1911)
15. Terbelit Rantai Kereta Ketika Memandu
13 Cara cara kematian pelik
J.G. Parry-Thomas, seorang pelumba dari Inggeris, dibelit oleh rantai kenderaan yang memasuki kokpitnya ketika sedang memandu. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mencuba untuk memecahkan rekod kelajuan miliknya sendiri. Kejadian ini dianggap luar biasa, walaupun meninggal tetapi beliau masih berjaya mencipta rekod baru dengan kelajuan 171mph (+/- 275 km/j). (1927)
16. Tanpa Air Di Gurun Libya
14 Cara cara kematian pelik
Seorang USAAF, pemandu pesawat pembom B-24 kehilangan arah dan mendarat di padang pasir Libya. Mayat pemandu yang meninggal akibat ketiadaan air itu hanya dijumpai pada tahun 1960 iaitu 17 tahun selepas dilaporkan hilang. (1943)
17. Lagu Yang Terakhir
15 Cara cara kematian pelikLeonard Warren seorang artis terkenal mendapat kemalangan di sebuah pentas di New York Metropolitan Opera setelah pengsang ketika menjayakan “La Forza del Destino” (Kekuatan dari takdir). (1960)
18. Apollo 1 Membunuh Pelatih
 Cara cara kematian pelik
Satu kilat telah memancar dan menyambar kapal angkasa Apollo dan telah mengakibatkan kematian semua para pelatih yang ada di dalamnya sebelum pelancarannya ketika menjalani latihan. (1967)
19. Perdana Menteri Tidak Pandai Berenang
17 Cara cara kematian pelik
Harold Holt, yang memengang jawatan Perdana Menteri Australia, hilang ketika berenang di sebuah pantai di Melbourne. Mayatnya tidak dijumpai sehingga sekarang. (1967)
20. “Apakah Saya Membosankan Anda, Mr Rodale?”
18 Cara cara kematian pelik
Jerome Irving Rodale, warganegara Amerika, ialah seorang perintis pertanian organik, meninggal kerana mendapat serangan jantung ketika sedang diwawancara dalam rancangan Dick Cavett Show. Ketika beliau mula jatuh tertidur, Cavett, iaitu pengancara rancangan tersebut menyindir “Apakah saya membosankan Anda, Mr Rodale?”. Bagaimanapun akibat kejadian tersebut, rancangan itu tidak pernah disiarkan. (1971)
21. Dalam Rancangan Live News …19 Cara cara kematian pelikChristine Chubbuck, seorang wartawan berita televisyen Amerika Syarikan telah membunuh diri pada tarikh 15 Julai pada pukul 9:38 pagi, iaitu setelah 8 minit dalam rancangan talk show, di WXLT-TV  Sarasota, Florida.  Ketika dalam rancangan tersebut, dia telah mengeluarkan pistol dan menembak dirinya sendiri di kepala. (1974)
22. Ahli Gusti WWF Dan Gelanggang
20 Cara cara kematian pelik
Owen Hart, WWF (sekarang dikenali sebagai WWE) seorang ahli gusti meninggal setelah jatuh pada ketinggian 78 kaki ketika sedang diturunkan ke dalam gelanggang menggunakan kabel dari atas gelanggang. Ketika kejadian, dia telah dirancangkan untuk memenangi Kejuaraan WWF Intercontinental pada malam kejadian itu. (1999)
23. Bukan Sebahagian Aksinya ke?
211 Cara cara kematian pelik
Tommy Cooper, ahli silap mata terkenal di Inggeris, meninggal di atas pentas di Her Majesty’s Theatre ketika siaran langsung acara rutinnya. Ketika kejadian, sebahagian besar para penonton dan pembantunya percaya yang itu adalah salah satu dari aksi pertunjukkannya. (1984)
24. “Sayang Sekali Anda Dapat Hidup Begitu Lama”
221 Cara cara kematian pelik
Richard Versalle mendapat serangan jantung diatas sebuah pentas di New York Metropolitan Opera ketika menyampaikan barisan dialog yang berbunyi “Sayang sekali Anda dapat hidup begitu lama” ketika melakukan pentunjukkan The Makropulos Case. Richard menjadi orang yang kedua meninggal di atas pentas ini setelah Leonard Warren (1996)

Catat Ulasan