Inilah Ibu Termuda Didunia Yang Berusia 5 Tahun 7 Bulan 21 hari

Linda Medina youngets mom 212x300 Ibu Termuda di dunia
Linda Medina adalah perempuan yang paling muda yg melahirkan anak. Dia hanya berumur 5 tahun 7 bulan dan 21 hari semasa melahirkan bayi lelaki yang seberat 2.7kg  dan diberi nama Gerardo. Setelah menyedari sesuatu yang pelik pada perutnya, Linda segera memaklumkan kepada ibu bapanya. 
Pada permulaannya, mereka fikir itu hanyalah tumor pada perut, tetapi apabila tiba di hospital, barulah mereka sedari yang Linda sebenarnya mengandung. Sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa bapa kepada Gerardo. Linda dan Gerardo hidup sehingga umur mereka 40 dan 70 tahun.
Kat bawah ni mnunjukkan ibu2 termuda yg lain :
(Umur 8 tahun: Lima)
Lima telah dirogol oleh 2 orang sepupunya sendiri sehingga melahirkan anak seberat 2kg di hospital Lima pada December 2006
(Umur 9 tahun: Hilda Trujillo)
Hilda Trujillo mendapat tempat ke-3 sebagai ibu termuda apabila melahirkan anak pada umur 9 tahun. Pada November, Hilda telah pergi ke Hospital untuk para ibu mengandung. Semasa pemeriksaan, mereka mendapati dia tiada masalah apa2 pun untuk melahirkan anak. Selepas 1 bulan kemudian, iaitu December 1957, dia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Sepupunya yang berumur 22 tahun kemudian ditahan dan dituduh atas kesalahan merogol Hilda. Menurut Dr Rolando Colareta yang telah merawat Hilda memaklumkan, “Sepatutnya kes rogol bukan masalah utama, tetapi kes Hilda tu sendiri yang dirogol sehingga mengandung dan melahirkan anak adalah kes yang jarang didengar”.
(Umur 9 tahun, Phetchabun.Thailand)
Pada Februari 2001, Wanwisa Janmuk telah menjadi ibu yang paling muda di Asia dan juga yang ke empat dari kalangan ibu2 paling muda di dunia. Wanwisa telah menjadi ibu setelah berkahwin dengan suaminya yang berumur 26 tahun iaitu 17 tahun lebih tua dari dirinya sendiri.
(Umur 9 tahun, Singapura)
Selepas Thailand, Singapura telah menjadi negara ke-2 bagi ibu termuda di Asia. Ibu tersebut masih lagi bersekolah rendah. Kesnya terjadi setelah budak perempuan tersebut menjalinkan hubungan dengan kekasihnya yang berumur 14 tahun. Kedua-dua mereka selalu bersendirian di rumah setelah selalu ditinggalkan oleh ibubapanya sehingga mereka telah menjalinkan hubungan sulit dan berakhir setelah gadis tersebut melahirkan anak. 

Catat Ulasan