3 Ekor Anjing Menakut-Nakutkan 600 Arnab Sehingga Mati

Tiga ekor anjing memecah masuk ke ladang arnab di China dan menakut-nakutkan 600 ekor arnab hingga mati.

Yan Fugen, pemilik ladang di kampung Haixin, wilayah Zhejiang, mendapati arnab-arnabnya mati selepas tiga ekor anjing memecah masuk ke ladang beliau pada 7 Ogos.

"Saya bangun untuk memberi makan arnab di sekitar pukul 04:00, dan melihat tanah berubah menjadi putih dari jauh.

"Apabila saya tiba dekat, saya melihat binatang-binatang itu terbaring tidak bergerak dan beberapa yang masih hidup sedang dikejar oleh tiga ekor anjing," katanya.

Yan berkata beliau telah menternak 1,500 ekor arnab, dan dua pertiga daripada mereka telah terkorban.

"Kira-kira 400 ekor mempunyai tanda-tanda gigitan di badan mereka, manakala selebihnya tiada kecederaan."

Chen Dongxiang, seorang pakar dengan biro penternakan haiwan tempatan, berkata kematian itu adalah hasil daripada tindak balas tekanan haiwan.

"Apabila arnab atau haiwan lain takut oleh bunyi keras atau kejutan secara tiba-tiba, badan-badan mereka merembeskan sejumlah besar adrenalin.

"Sistem saraf simpati mereka juga masuk ke dalam keadaan terangsang, menyebabkan jantung mereka akan berdegup lebih cepat dan organ-organ mereka tidak berfungsi dengan betul.

"Ini boleh membawa kepada kematian," kata Chen.

Beliau berkata, burung kuang juga seperti arnab boleh digertak sehingga mati.

[Qianjiang Evening News , China Daily]


Nampaknya arnab dan burung kuang pun boleh ketakutan hingga membawa maut. Maka bagi penternak-penternak arnab dan burung kuang sekelian, jagalah haiwan-haiwan peliharaan anda dengan baik dan jangan takut-takutkan mereka ya  :D

Catat Ulasan