Angkara semut api, perlawanan American football ditangguhkan

NEESES, SC - Selalunya perlawanan American Football ditangguhkan kerana disebabkan oleh hujan lebat, kilat mahupun gangguan kuasa. Tetapi satu perlawanan telah ditangguhkan hanya disebabkan semut api.

Perlawanan yang berlangsung di South Carolina itu ditangguhkan kepada hari Jumaat selepas pengadil memutuskan untuk menunda perlawanan itu kerana semut api. Pengadil Steve Hook berkata beliau mendapati 15 hingga 20 ekor semut api besar berada dipadang sejurus sebelum perlawanan itu.

Hook berkata beliau bimbang tentang pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai. Bruce Hulion dengan Liga High School South Carolina berkata pegawai-pegawai itu melakukan perkara yang betul dalam mengendalikan isu keselamatan.

Pasukan tuan rumah, Hunter-Kinard-Tyler cuba menggali timbunan semut itu dan mencurah garam ke atas mereka sebelum permainan ditangguhkan. Pasukan lawan pula menawarkan untuk membawa racun semut api.

Kes pelik itu dianggap selesai malam Isnin lalu. Dan hasilnya Calhoun County menewaskan pasukan tuan rumah 19-8.

Catat Ulasan