10 Mc Gratin Croquette

Burger Special McDonald's ni dicipta khusus untuk Pasaran di Jepun.
Kenapa gagal?? Mungkin sebab burger ni campuran udang, macaroni goreng dan kentang lecek dan dihidang bersama KOBIS!
9 Hulaburger

Hulanburger ni dicipta pada tahun 1963. Direka khas untuk pelanggan Roman Katolik kerana mereka tidak boleh makan daging.
Sama macam cheeesburger tapi daging tu diganti dengan NENAS!! Euwwww....
8 Mc DLT

McDLT (McDonal's Lettuce and Tomato).
McDLT ni sama seperti Big N' Nasty yang ada di pasaran sekarang. Apa yang membuatkannya gagal kerana ianya dihidang dalam bekas makanan yang besar dan pelanggan perlu menghidangkan sendiri kerana McD mengasingkan bahan2 yang ada dalam 2 bekas yang berlainan.
Hurm.... tak berapa ''segera'' dah ni...
7 Arch Deluxe
McD meletakkan Arch Deluxe ni sebagai ''burger untuk orang dewasa''. McD telah menghabiskan wang sebanyak $100millions dalam iklan burger ini yang menjadi salah satu kampen paling mahal dalam sejarah. Walaubagaimanapun keuntungan yang dicapai tidak sebanyak iklan yang mereka buat...kehkehkeh
6 McLobster

Kenapa burger ni GAGAL?? HARGA!! Sape yang nak mengeluarkan duit sebanyak $5.99 (RM18.80) untuk makanan yang memang anda tahu tidak akan mengenyangkan?? dan ianya tak nampak menyelerakan. Produk ni masih ada lagi dalam pasaran di Kanada.
5 McHotdog

Pada tahun 1977, CEO McD Ray Kroc telah melarang McD menjual sebarang jenis Hotdog walaupun terdapat permintaan yang tinggi. Walaubagaimanapun, hotdog diperkenalkan pada 90an dibeberapa cawangan McD (pilihan pemilik francais) pada musin panas. Toronto Metro Zoo, US, SkyDome, US dan Tokyo antara mcD yang menjual Hotdog. Ianya tidak bertahan lama. Kali terakhir hotdog dihidangkan adalah pada tahun 2001.
4 McPizza
Pada pertengahan tahun 90an, McD membuat keputusan untuk meneraju perniagaan Pizza. Tetapi bayak masalah yang timbul antaranya pemilik McD perlu membeli oven yang lebih besar dan tingkap drive through yang kecil perlu ditukar. Tetapi Pizza ni tak dapat permintaan yang tinggi kerana pelanggan lebih suke ke Kedai pizza mcm Dominos atau PizzaHut utk makan pizza.
3 McPasta

Selepas cuba menjual Pasta di McD sekitar selatan Amerika pada tahun 1989, Mcd mula menjual pasta-based menu di 40 unit McDonals disekitar Rochester, NY pada September 1991. Sama seperti Pizza, ianya kurang permintaan dan diberhentikan pengeluarannya.
2 McAfrica

McAfrika ni gagal sebab pengeluarannya tidak kena masa! Kebanyakkan pelanggan marah kerana Afrika sebuah negara yang miskin dan ramai kanak-kanak kebuluran.
1 McLean Deluxe

Perkara pertama yang buat burger ni gagal adalah sebab Lelaki tak akan makan! (sama mcm Diet Coke).
Kedua, rasanya. McD menggantikan lemak dalam daging dengan air. Tetapi untuk mengekalkan air dalam daging tersebut, mereka mencampur air bersama rumpai air. Rasanya sangat tak sedap. Tidak hairan mengapal ianya GAGAL!!


Catat Ulasan