Ashanti Ganti Fergie Jadi Vokalis Black Eyed Peas?!

Selepas khabar yang mengatakan vokalis kumpulan Black Eyed Peas (BEP), Fergie, akan meninggalkan kumpulan Hip Hop terkenal, Black Eyed Peas tidak lama lagi. Kini spekulasi serta khabar angin hangat memperkatakan bahawa penyanyi Ashanti bakal menggantikan tempat Fergie.
Ini diperkuatkan  lagi apabila penyanyi lagu ‘Foolish’ ini sering mengikuti BEP ke konsert jelajah mereka sebagai apa yang diperkatakan sebagai satu ujibakat juga  persediaan mencari keserasian sebelum bergerak sebagai satu kumpulan.
Menurut sumber terdekat BEP, BEP sebenarnya sudah lama mencari pengganti Fergie namun masih belum bertemu calon yang sesuai menggalas tugas sebagai vokalis hebat seperti Fergie.
Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut segera ditepis oleh Fergie yang menyatakan bahawa kemunculan Ashanti bersama BEP hanyalah untuk menggantikannya seketika memandangkan dia pada masa ini sedang memberi tumpuan kepada keluarganya.
Salah seorang ahli kumpulan BEP, Taboo menerusi temubualnya bersama Times pula sebaliknya menyatakan mereka (BEP) menghormati keputusan FERGIE dan meminta para peminat turut menghormati keputusan isteri Josh Duhamel ini.
Foto kredit: MediaTakeOut.com

Catat Ulasan