Pencungkil Gigi

Artis : Saimir Strati
Menggunakan pencungkil gigi untuk buat mosaic. Mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Record kerana membuat mosaic terbesar. Menggunakan 1.5million pencungkil gigi yang mengambil masa selama 40 hari untuk menyiapkannya.
Corks

Artis : Saimir Strati
Sekali lagi Saimir membuat rekod dunia dengan menggunakan 229,675 penutup botol. Ditayangkan pada September 4, 2008 bersama dua lagi rekod dunia iaitu pencungkil gigi (diatas) bersama mosaic menggunkan KUKU! Mosaic ini hanya memakan masa selama 27 hari untuk siap.
Pensil

Jaina Davis, San Francisco memiliki rumah yang sangat berbeza! Hiasan dalaman rumahnya diinspirasi oleh rakannya yang merupakan seorang artis. Bahagian tangga rumahnya dipenuhi dengan mosaic yang diperbuat daripada pelbagai warna pensil. Hasil kerja tangan pemiliknya sendiri yang berumur 88 tahun ini mengambil masa selama 5 tahun untuk siap menggunakan sebanyak 92,626 batang pensil bersama beberapa pengasah pensil dan beberapa alat2 tulis lain!
Butang

Artis : Ran Hwang
Beliau membuat lukisan yang sangat cantik menggunakan butang.
Poskad

Artis : David Mach
Menggunakan poskad yang sama sebanyak 8,000 keping untuk melengkap kerjanya yang berukuran 12 x 9 kaki.
Kopi

Artis : Sydney Harbour Foreshore Authority.
Pada hujung tahun 2009, artis-artis daripada Sydney Harbour Foreshore Authority menggunkan 3,604 cawan kopi membuat lukisan Mona Lisa. Dengan berukuran 20 x 13 kaki, 8 orang artis tersebut mengambil masa selama 3 jam untuk menyiapkannya.

Catat Ulasan