Gaji Guru Naik Banyak Januari 2012

Sempena Hari Guru, berita baik untuk semua guru-guru di Malaysia. Mulai Januari 2012, gaji cikgu-cikgu akan naik mendadak. Kenaikan gaji asas guru baru itu lebih tinggi dari gaji asas seorang doktor gred 41 (gi check sendiri front page Berita harian Selasa 17-5-2011). Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa. Patut la ramai doktor Malaysia lari ke Singapore dan luar negara. Aku ulang sekali lagi, gaji guru lagi tinggi melebihi gaji doktor! Gaji guru baru ni bukan lebih tinggi dari gaji doktor je, tapi lebih lebih tinggi dari gaji asas jurutera dan profesional di jabatan kerajaan. Ni aku cakap pasal cikgu yang lepasan diploma gred 32 ni. Gaji depa mengalahkan gaji profesional. Lepas ni aku yakin, Cikgu Shida, selaku cikgu paling popular di Malaysia dah malas dah nak buat video Youtube lagi. Aku harap kerajaan akan turut menaikkan juga gaji profesional-profesional lain yang berkhidmat dengan kerajaan, kalau tidak, aku yakin ramai yang lari dari negara. Tiket kapal terbang dah murah beb…
Cikgu naik gajiGambar hiasan: Komen seorang guru sekolah tentang kenaikan gaji mereka. NI UNTUK TATAPAN LAWAK JE. KALO ADA TERASA HATI. PENULIS MINTA MAAF. SEKIAN.
KUCHING 16 Mei – Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
“Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
“Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.
“Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan,” katanya.
Sumber berita: Utusan Online

7 comments

xbetul tu kenyataan kt atas. klu kte tgk dr segi workload, mmg la nmpak mcm kte ptot naikkan gaji doktor.. tp cbe tgk dr segi tugas guru.. guru pown byk sumbangan jgk. xde guru, xdela org2 profesional skunk ni.. mse kte kecik2, guru yg ajar kte smpai kte ada d thap kte skunk. guru yg didik kte dr kecil nk membaca, mengira , menulis smpai la kte boleh msuk U, dapat keje... renung- renungkan dan selamat beramal.. ^_^

Reply

apapun guru je yang nmpak buruk.. bia la deme naik gaji pun.. da rezeki deme.. thn depan org len plak yang naik gaji.. xyah la kita hentam guru.. deme kan kerja kuat jugak..

Reply

XADIL? aahaha.. igt senang ke jadi guru? Anak xpandai membaca siapa yang disalahkan?Doktor, Jurutera? padahal kerjasama perlu ngan parents, tp ada parents main lepas tangan je.Xda pengukuhan kt umah.itu baru hal ehwal akademik blum msuk penerapan nilai2 moral.Anak murid biadap guru disalahkan, ble guru jentik skit je, nahh~~~terus masuk kuar mahkamah sb guru kononnya disabitkan kesalahan "Mendera" murid. Kalau betul2 kerajaan nk jaga profession guru ni sila buat pantauan dan buang guru2 yang sudah tidak menjalankan tugas sebagai guru dan hany menjalankan urusan perniagaan atau lain. Nti org lain DENGKI. TQ~

Reply

Syukur la. Klu tgk balik dlm list penjawat awam, guru adalah kaitangan yang mempunyai pendapatan yang paling rendah. Padahal kerja melebihi masa yang telah diperuntukkan. Xheran la kalau ada guru cari part time jobs.Sb da gaji rendah.

Reply

Tanpa guru, tak jadi orang la manusia semua... terima kasih cikgu~ :)

Reply

org yg tulis artikel nie dulu x g sekolah. dia xde cikgu..dia terus jd pandai. sbb tu pandai2 je bg pendapat tanpa ada kaji selidik

Reply

x ader guru...ada la doktor dan jurutera tu semua... :)

Reply

Catat Ulasan