Janda Hidap Penyakit 'Gila Seks', Akan Melakukan Seks Dimana Sahaja





BARWELL – Seorang wanita di Britain, Donna Glover (gambar) menghidap penyakit ganjil iaitu ketagih untuk berasmara, lapor sebuah akhbar semalam.
Akibat penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levine (KLS), Donna yang merupakan janda beranak satu berusia 40 tahun itu terdesak untuk melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki termasuk orang asing.
“Apabila saya diserang penyakit itu, saya mahu berasmara tanpa mengira masa dan tempat,” kata Donna.
Wanita itu yang berasal dari sini, England, menghidap KLS sejak berusia belasan tahun tetapi penyakit tersebut yang menyerang seorang daripada setiap enam juta manusia berjaya dikesan oleh seorang doktor hanya pada tahun lalu.
“Saya juga pernah berasmara di mana-mana sahaja termasuk rumah, hotel dan di dalam kereta,” jelasnya.
Kini, dia yang telah mengetahui cara mengenai simptom-simptom KLS akan membuang bateri telefon, mengelak daripada melayari Internet dan berkurung di rumah apabila merasai penyakit itu akan menyerangnya.
Simptom paling dominan penyakit itu adalah pesakit akan tidur dalam tempoh yang panjang iaitu sehingga 18 jam sehari selain mengalami perubahan tingkah laku termasuk peningkatan nafsu seks mendadak.
Penyakit tersebut yang dipercayai berpunca daripada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak turut menyebabkan pesakitnya mempunyai nafsu makan yang kuat. 
p/s : macam ni punya penyakit pon ade ke. .=D


Catat Ulasan