Polis Tergamam Ular Keluar Dari Coli Wanita

Sekadar Hiasan
OTWOCK: Sepasukan polis di Poland yang menahan seorang wanita disyaki pengedar dadah, terkejut besar apabila seekor ular sawa berukuran 1.2 meter, tiba-tiba muncul dari dalam coli suspek.
Seorang daripada anggota polis berkata, ular sawa itu melingkar di payu dara Dorota Mildrowska, ketika dia ditahan selepas disyaki mengedar satu bungkusan dadah amfitamin yang ditemui di pangsapurinya.
Beliau mengaku, pihaknya tidak membuat pemeriksaan serta-merta ke atas Dorota kerana tidak mahu melanggar hak asasi. Agensi

Catat Ulasan