Kerana Cinta Wanita Berkahwin Dengan Tunangnya Yang Sudah Mati Dua Tahun Lepas

menikah mayat Berkahwin Dengan Tunang Yang Sudah Mati Dua Tahun Lepas
Sekadar hiasan
Kerana terlalu cintakan tunangnya, seorang wanita dari Perancis bertekad untuk mengahwini jasad tunangnya di sebuah kubur.
Karen Jumeaux tetap berkahwin dengan Anthony Maillot yang telah meninggal dua tahun lalu.
Mereka telah bertunang pada tahun 2007, akan tetapi, Anthony telah meninggal 2 tahun selepas itu iaitu pada 2009 kerana kemalangan. Sejak itu, Karen berusaha untuk tetap mengahwini tunangannya, walau terpaksa melakukan pelbagai cara, termasuk meminta persetujuan dari Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.
Akhirnya Karen berjaya untuk berkahwin dengan Anthony kerana telah berjaya mendapat satu jaminan khas. Dengan mengenakan gaun putih, Karen berkahwin di tempat Anthony dimakamkan di Dizy-le-Gros, Perancis Timur sambil disaksikan oleh keluarga dan teman terdekatnya. Karen dan Anthony telah mempunyai seorang anak. Anthony meninggal sebelum hari pernikahannya.
“Anthony adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kami telah bersama selama empat tahun. Sekarang, saya adalah isterinya. Saya akan selalu mencintainya,” kata Karen sambil menitiskan air mata. Dia menambah, Dia seharusnya membesarkan anak kami, tapi takdir tidak mengizinkannya.
Pakar undang-undang Perancis mengatakan bahawa, sekiranya Karen ingin berkahwin lagi, wanita berusia 22 tahun itu harus membuat tuntutan penceraian sebelum boleh berkahwin lain. 

Catat Ulasan