Pelik, Mayat Dibekukan Agar Dapat Dihidupkan Semula Nanti

Cryonic Head small Mayat Dibekukan Agar Dapat Dihidupkan Semula Nanti
Cryonic merupakan teknik pembekuan mayat agar selnya tidak rosak, sehingga boleh dibangkitkan lagi suatu masa nanti. Orang yang menemui teknik ini adalah Robert Ettinger, yang baru-baru ini meninggal dunia dan menjadi pesakit ke-106 yang menggunakan teknologi ini.
Mendiang Robert yang meninggal pada usia 92 tahun pada Sabtu (23/7/2011) terus diproses beberapa minit selepas dikatakan meninggal, dengan diberi lapisan ais. Seterusnya bahagian tubuhnya diisi dengan sebatian tertentu lalu dibekukan dengan nitrogen cair.
alg robert ettinger Mayat Dibekukan Agar Dapat Dihidupkan Semula Nanti
Setelah itu, mayat Robert dimasukkan ke dalam peti khas yang dinamakan cryostat untuk menjaganya agar tetap berada di bawah beku. Dalam keadaan demikian, diharapkan sel-selnya tidak rosak sehinggalah apabila wujudnya teknologi membolehkan mayatnya boleh dibangkitkan semula.
Robert Ettinger adalah saintis Amerika yang juga seorang veteran Perang Dunia II yang menemui teknologi pembekuan mayat ini. Pada tahun 1976, dia mendirikan yayasan bernama Cronic Instistute. Pada permulaannya, ahlinya boleh dikira dengan jari, akan tetapi pada tahun 2000 yayasan tersebut telah mencapai 900 orang keanggotaannya.
cryonics 2 Mayat Dibekukan Agar Dapat Dihidupkan Semula Nanti
Tidak semua ahli ingin mengawetkan mayatnya sendiri jika kelak meninggal dunia, sebahagian hanya ingin mengawetkan DNA (deoxyribo nucleic acid) atau organ tertentu. Bahkan ada yang hanya ingin mengawetkan binatang peliharaannya, terutama anjing dan kucing.
Hingga kini, Cryonic Instutite telah membekukan 64 mayat binatang kesayangan termasuk anjing, kucing, burung dan hamster. Sementara itu, untuk mayat manusia, Robert Ettinger merupakan pesakit ke-106 yang dibekukan dengan teknik penemuannya tersebut.
Mayat pertama yang dibekukan dengan teknik ini adalah Ibu kandung Robert Ettinger, Rhea Ettinger yang meninggal pada 1977. Mayat kedua adalah isterinya sendiri Elaine, sedangkan isteri keduanya yakni Mae Ettinger menjadi pesakit ke-34 dibekukan dengan cryonic.
pic 03 plattblog alcor Mayat Dibekukan Agar Dapat Dihidupkan Semula Nanti
Selain Cryonic Institute, saintis yang menetap di Detroit ini juga menubuhkan Immortalist Society iaitu sebuah organisasi untuk para saintis yang membuat kajian mengenai cryonic dan teknik lain untuk memanjangkan umur setelah kematian.
Robert sendiri sebelum meninggal telah berpesan agar tidak diadakan upacara pengkebumian bagi dirinya kerana yakin suatu saat nanti dia akan hidup semula.
“Robert sangat menginspirasi gerakan cryonic. Beribu-ribu orang di seluruh dunia mencari dan pasti sedih mendengar kematiannya, tapi semoga suatu masa nanti dia akan kembali lagi,” ungkap David, anak Robert seperti dipetik dari Detnews.
Teknik cryonic adalah dengan cara peredaran darah dan pernafasan secara artifisial yang dikembalikan dan pelbagai ubat diberikan untuk melindungi otak dari kekurangan oksigen.
Pendinginan cepat juga bermula, yang seterusnya melindungi otak. Tujuannya adalah untuk mempertahankan otak agar dapat hidup selama mungkin selama prosedur berjalan.

Catat Ulasan