Lelaki Hidup Kembali Setelah Meninggal Selama 37 Hari

bangkit dari kubur Lelaki Hidup Kembali Setelah Meninggal Selama 37 Hari
Seorang warga emas yang berumur 75 tahun dikenali sebagai Mat Eksan dikatakan telah bangkit semula daripada kuburnya setelah meninggal selama 36 hari.
Kejadian pada 26 May lalu itu di Kendiri, Indonesia itu dikatakan dia telah ditemui oleh seorang lelaki dan dibawa pulang setelah yakin bahawa ia adalah Mat Eksan.
Keluarganya telah mengesahkan bahawa dia memang sebenarnya adalah Mat Eksan melalui susuk badan lelaki terbabit.
Kepulangan lelaki warga emas tersebut telah membuatkan keluarganya menjadi bingung dan bercampur ketakutan dan telah menyebabkan kampung mereka turut menjadi gempar.
Menurut laporan, Mat Eksan meninggal kerana telah menggantungkan diri di sebuah pokok dan telah ditemui dalam keadaan busuk oleh penduduk kampung.
Menurut jirannya, Imam Basori yang turut hadir semasa menanam mayat Mat Eksan, “Pihak keluarga sebelum ini telah yakin bahawa mayat yang ditemui di Gunung Klotok adalah Mat Eksan”. Menurut Sukemi, sepupu Mat Eksan pula, “Ciri-ciri mayat yang ditemui di Gunung Klotok sangat mirip.”
Mat Eksan sebelum ini telah disahkan meningal dunia dan dikuburkan pada 1 April lalu. 

Catat Ulasan