Makhluk Misteri Bertaring Tajam Terdampar Di Pantai Kanada

Pada minggu pertama Mei 2010, penduduk tempatan di bandar kecil Kanada dihebohkan dengan satu bangkai makhluk aneh yang telah ditarik oleh seekor anjing dari sebuah tasik di sana. Makhluk ini dikatakan mempunyai persamaan dengan bangkai legenda yang sering disebut sebagai monster Montauk.
1 13 Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Kanada
Makhluk tersebut memiliki bulu lebat dan panjang. Namun pada bahagian kepala, kaki dan wajahnya tidak mempunyai bulu dan kelihatan seperti habis dicukur.
Makhluk itu ditemui oleh dua orang jururawat di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada, ketika mereka sedang membawa anjing mereka untuk berjalan-jalan.
Ketika anjing mereka mulai bermain-main di tasik, kedua-dua wanita itu mendapati anjing tersebut telah menarik satu bangkai makhluk yang tidak dikenali.
2 Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Kanada
Setelah merakamkan beberapa keping gambar, jururawat tersebut meninggalkan bangkai itu begitu saja. Namun ketika penduduk cuba untuk mencari makhluk itu kembali, bangkai itu didapati telah lenyap.
Gambar-gambar yang diambil oleh mereka sekarang telah dimuat turun di laman-laman web tempatan dengan penjelasan berbunyi:
“Makhluk ini ditemui oleh anjing yang bernama Sam.”
“Makhluk ini mempunyai ekor seperti tikus yang panjangnya sekitar 30 cm.”
Menurut ketua polis tempatan, Donny Morris, dia sendiri menjadi bingung setelah melihat makhluk tersebut. Menurutnya “Saya tidak tahu makhluk apakah itu. Saya juga ingin tahu sama seperti orang lain.”
Ketika melihat makhluk tersebut, ramai yang teringat dengan makhluk Montauk yang ditemui di New York pada tahun 2008 kerana persamaan yang dimiliki oleh kedua-duanya.
41359272 Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Kanada
Makhluk Montauk yang terkenal itu dianggap oleh sebahagian besar penyelidik sebagai Raccoon. Mungkinkah bangkai ini juga bangkai Raccoon? 

Catat Ulasan