Pelik, Mengandung Lagi Semasa Dua Minggu Mengandung

Julia Grovenburg dan suaminya, Todd, perlu menunggu tiga tahun untuk mempunyai seorang bayi. Tapi, ketika Julia akhirnya hamil, mereka sungguh terkejut. Julia hamil lagi sekali dua minggu setengah Julia hamil pada kali pertama.
todd dan julia grovenburg menggendong bayi mereka yang lahir Pelik: Mengandung Lagi Semasa Dua Minggu Mengandung
Kes Julia ini satu daripada satu juta. Dia melahirkan kedua-dua anaknya pada masa yang sama, walaupun mereka secara teknikal bukanlah anak kembar. Julia (33) menjadi salah seorang daripada 11 perempuan yang pernah dilaporkan hamil ketika masih lagi dalam keadaan hamil.
Keadaan tersebut dikenalpasti sebagai ‘superfetation’. Iaitu dua janin yang dikandung pada masa yang berbeza dan lahir pada hari yang sama. Namun, perubatan menyebut mereka bukan kembar.
Tak Percaya?
Julia sungguh merasa senang ketika mendengar khabar bahawa dirinya akhirnya boleh hamil. Namun, dua kali hamil dalam dua minggu membuat Julia masih tidak boleh percaya.
“Tiada seorang pun yang dapat menjelaskan mengapa semuanya boleh terjadi,”kata Julia.”Pengetahuan am dan buku-buku perubatan menjelaskan bahawa anda tidak boleh hamil ketika anda sendiri sedang hamil. Tapi, entah kenapa saya mendapat pengecualian untuk hamil dua kali dalam dua minggu.”
Kisah ini bermula ketika Julia dan Todd (34) menempuh pelbagai cara agar mampu memiliki anak. Akhirnya kami mendapat hasil positif bahawa Julia hamil, mereka kemudian dijadualkan untuk kembali menemui doktor pada minggu berikutnya.
Namun, pada minggu seterusnya, mereka berjalan keluar dari ruang doktor bukan sebagai bakal ibu bapa yang gembira kerana bakal memiliki anak. Pasangan itu merasa lebih putus asa daripada sebelum tiga tahun lalu ketika mereka berusaha untuk mendapatkan anak. Mereka putus asa dan khuatir kerana Julia dua kali hamil dalam masa dua minggu.
Hasil USG
Jururawat terus memanggil doktor ketika melihat hasil USG yang membingungkan. Gambar pada USG menunjukkan dua bayi yang berasingan dalam dua beg berasingan. Salah satunya lebih besar dan lebih dahulu daripada bayi satu lagi.
Berdasarkan perbezaan saiz, kedua-dua bayi tersebut jelas bukan kembar. “Doktor kami bergegas untuk melihat apa yang terjadi. Dengan nada panik, dia cuba menjelaskan apa yang kita lihat di skrin,” kata Julia. “Doktor berkata, ‘Julia, anda tidak mempunyai anak kembar. Tetapi, anda mempunyai dua bayi’.”

Doktor Julia mencari berita yang luar biasa. Dia kelihatan seperti mencari beberapa laporan perubatan. “Tapi, Todd dan saya begitu takut kerana kami tidak tahu apa maksud semua ini,” kata Julia. Menurut paparan denyutan jantung dan paparan USG, usia bayi mereka berbeza hanya kira-kira dua minggu setengah. 

Catat Ulasan