METRO 26 NOV - Jemaah cuba bunuh diri bakar perabot, katil di bilik hotel

MADINAH: Seorang jemaah umrah dari India diselamatkan daripada cubaan membunuh diri di dalam bilik hotel di Madinah, pagi semalam.
Lelaki terbabit cuba membunuh diri dengan membakar perabot, katil dan permaidani dalam biliknya sambil menunggu api marak membakar tubuhnya.
Bagaimanapun, tetamu yang menginap di bilik bersebelahan menyedari ada kepulan asap keluar dari bilik lelaki berkenaan dan segera memaklumkan kepada pihak pengurusan hotel. Pasukan Jabatan Pertahanan Awam tiba sejurus kemudian dan menyelamatkan lelaki itu. -AN

Catat Ulasan