Tiada Siapa Berminat Nak Beli Kereta Middleton




LONDON: Kereta milik Duchess of Cambridge, Kate Middleton diletakkan dalam lelongan eBay baru-baru ini bagi menarik minat mereka yang terdesak mahukan momento kenang-kenangan keluarga diraja - tetapi ia belum lagi mendapat bidaan.


Kereta yang digunakan Kate dan Putera William itu diletakkan dalam laman lelongan oleh pemiliknya, Sonny Brazil yang membelinya pada 2001. 


Brazil asalnya membayar 10,818 pound (RM54,090) untuk kereta Volkswagen Golf berwarna biru itu, tetapi mengharapkan lebih keuntungan apabila dia mengiklankan kenderaan itu dengan harga tempahan 20,000 pound (RM100,000).

Malangnya, Brazil belum dapat meraih sebarang keuntungan kerana tiada siapa kelihatan berminat untuk membeli kereta itu.

Catat Ulasan