Anugerah Grammy ke-54 : Adele Rangkul 6 Trofi



Anugerah Grammy je-54 terus diadakan walaupun dunia nyanyian dikejutkan dengan kematian ratu pop terkenal Whitney Houston, Sabtu lalu. Malam itu, Adele menang besar. Ramaikan meminati lagu Rolling In The Deep, Set fire To The Rain dan banyak lagi lagu hit daripada nyanyian penyanyi British, Adele.
Di malam Anugerah Grammy ke-54, Adele telah merangkul enam trofi termasuk Lagu Terbaik menerusi hitnya, Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21.
Adele baru sahaja berusia 23 tahun tetapi kejayaannya bukan setakat itu. Dia turut memenangi Rekod Terbaik, Album Pop terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu. Bayangkan, dia berjaya mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Persembahan pertama Adele menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November tahun lalu mendapat tepukan gemuruh. Manakala kemunculannya di acara karpet merah juga ditunggu-tunggu peminat kerana sudah lama tidak membuat kemunculan di khalayak.
Dalam pada itu, kumpulan rock terkenal Foo Fighters mengungguli kategori rock apabila membawa empat anugerah iaitu Lagu Rock Terbaik (Walk), Album Rock Terbaik (Wasting Light) , Persembahan Rock Terbaik (Walk) dan Persembahan Rock Metal Terbaik (White Limo).
Dihoskan oleh penyanyi rap, LL Cool J, Anugerah Grammy turut memberikan penghormatan kepada pemergian Whitney Houston di mana penyanyi R&B, Jennifer Hudson membuat satu persembahan khas untuk lagenda tersebut.

Catat Ulasan