Emran Buka Mulut Jawab Isu Rumahtangga Dengan Erra

Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.

Pelbagai spekulasi yang muncul. Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.

Erra Fazira Jawab Isu Rumahtangganya Bersama Emran

Catat Ulasan