Designer Chanel Kata Adele Gemuk!


Karl Lagerfeld merupakan seorang designer terkenal di dalam industri (Ketua designer dan creative director untuk jenama Chanel). Akan tetapi dalam satu kenyataan dalam akhabr The Sun Februari lalu, dia telah menghina Adele dengan menyatakan penyanyi itu gemuk.  Kenyataan ini telah menimbulkan pelbagai kritikan kepadanya daripada peminat Adele juga orang yang mempunyai masalah berat badan.
Kini Karl telah menerangkan apa yang berlaku.
“Sebenarnya, saya ingin mengatakan yang saya adalah peminat Adele. Biasanya jika ayat itu diambil dari sebuah artikel sememangnya akan menjadi salah faham. Adele adalah penyanyi kegemaran saya dan saya merupakan peminat setianya. Saya telah kehilangan 30kg selepas 10 tahun dan akan terus mengekalkannya.
Jadi saya tahu bagaimana perasaannya apabila dikata gemuk begitu. Bagi saya Adele adalah seorang gadis yang cantik. Dia yang terbaik dan saya tidak sabar menunggu album terbarunya.”
Adele, khabarnya telah menerima sebuah bag tangan jenama Chanel dari Karl sebagai tanda meminta maaf dan mengharapkan kerjasama lagi dengan Adele di masa akan datang. .
Sementara itu, Adele tidak pula mengulas apa-apa mengenai hadiah tersebut. Maybe Karl ni nak jual ubat kuruskan badan yang dia ambil kot kat Adele. Ops!

Catat Ulasan