Siapa Jejaka Bertatu Dengan Jue Aziz Di Bali?

Siapa Jejaka Bertatu Dengan Jue Aziz Di Bali?


KL, 19 JUN 2012: Benar atau pun tidak, Murai Batu masih belum pasti kesahihannya. Memandangkan Murai Batu sudah pun dikenali sebagai penyebar gosip, Murai Batu ingin juga menyampai satu lagi kisah panas mengenai pelakon cantik lagi seksi, Jue Aziz.
Ramai sedia maklum, Jue Aziz ketika ini masih lagi solo selepas pernah berpacaran bersama dua aktor kacak iaitu Ako Mustapha dan Jehan Miskin.
Bagaimanapun, Murai Batu sudah menerima khabar dari seseorang yang mendakwa Jue Aziz sudahpun berpunya.
Dengarnya, baru-baru ini, Jue Aziz telah pergi bercuti ke Bali bersama enam rakan yang lain. Dari kumpulan rakan yang bercuti itu, salah seorang daripadanya dikhabarkan adalah buah hati Jue.
Ia dibuktikan apabila banyak mata-mata melihat Jue Aziz sering berkepit bagaikan pasangan suami isteri dengan seorang lelaki yang dikhabarkan lebih muda daripadanya.
Khabarnya, lelaki berkenaan berasal dari Kelantan kerana ada saksi mendengar perbualan mereka dalam loghat Kelantan.
Namun, apa yang dipertikaikan bukanlah bahasa dan dari negeri mana. Tetapi Murai Batu terkejut apabila diberitahu lelaki berkenaan memiliki tatu di kakinya.
Selain itu, bagi yang menjadi saksi percutian Jue ini, ramai meluat kerana Jue sering berpelukan dengan lelaki berkenaan sepanjang berada di Bali.
Malah, aksi kemesraan ini berlarutan sehingga ke dalam pesawat.
Apapun, jika benar itu adalah kekasih hati Jue Aziz tampillah ke depan untuk menjelaskan situasi ini.
MURAI BATU: Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk berpuasa.

Catat Ulasan