Mizz Nina Mahu Dapat Anak Tahun Depan


Mizz Nina Mahu Dapat Anak Tahun Depan
Penyanyi Mizz Nina yang telah berkahwin dengan Noh Hujan menyatakan hasratnya untuk hamil dan bergelar ibu pada awal tahun depan. Ini kerana tahun 2013 adalah waktu terbaik buat pasangan suami isteri ini untuk memberi tumpuan kepada urusan membina keluarga selepas hampir setahun mendirikan rumahtangga. Jelas Nina lagi, tahun ini segala urusan kerja perlu diselesaikan dahulu agar mereka berdua boleh tumpukan pada keluarga tahun depan.
“Selepas hampir setahun berkahwin kini saya baru benar-benar bersedia untuk bergelar ibu. Jika diizinkan, saya mahu mendapatkan anak pada tahun depan. Lagipun umur saya pun akan mencecah 33 tahun pada 2013, jadi saya rasa tahun depan adalah waktu terbaik untuk saya dan Noh membina keluarga.”

Catat Ulasan