Mahu Bersara : Nekad Mahu Kurus – Adele


Suaranya power. Kemenangan besarnya di anugeraH Grammy Award baru baru ini membuktikan suara bukan sekadar rupa adalah penting. Akan tetapi soal personaliti perlu diambil kira lebih-lebih lagi Adele telah ditegur mengenai itu oleh Karl Lagerfeld.
Memang diakui Adele tidak selesa dengan bentuk tubuh dan beratnya sekarang. Bagi kami, Adele ni memang cantik. Jadu kena jugalah pantau peningkatan berat badan tu. Bukan sahaja untuk kelihatan lebih cantik tetapi lebih sihat dan berstamina. Tidak begitu?
Adele telah menyahut cabaran ini, dengan mula menghadiri kelas latihan khas di rumahnya dan menempah jurulatih untuk latihan dua kali seminggu. Jika sebelum ini Adele mahu mengamalkan diet tetapi atas nasihat doktor dia membatalkannya kerana baru sahaja menjalani pembedahan kerongkong.
Kini Adele Laurie Blue Adkins sudah mula mengambil berat mengenai berat badannya.
“Kali ini, dia betul-betul tekad untuk menurunkan berat badan. Selain latihan senaman itu, Adele turut mengambil pil, Pilates, selepas dicadangkan oleh rakannya. Beberapa bulan lagi, kita akan lihat hasil daripada usaha Adele.”
Setelah memenangi enam anugerah di Grammy Awards, Adele bagaimanapun, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ingin bersara buat sementara waktu dalam bidang nyanyian. Mungkin bukan bersara, berehat kejap kot dan kembali dengan figura yang lebih mengancam? Tak sabar la pulak nak tengok.

Catat Ulasan