Izara Aishah Kecewa Ramai Yang Dengki Padanya

Kalau anda perasan, baru-baru ini secara bertubi-tubi artikel di suratkhabar yang keluar serentak menyatakan Izara Aishah seorang yang tidak berdisplin. Ada tulisan yang menyatakan Izara lewat sehingga beberapa jam ke lokasi penggambaran dan ke sesi fotografi yang telah diaturkan.
izara
Mungkin tertekan dengan tohmahan sebegini, Izara menerusi Facebook Izara Aishah telah mengupdate satu status yang menyindir artikel-artikel yang ditujukan kepadanya.
izara aishah
Bagi Abang Nara, biasalah asam garam dunia hiburan Malaysia. Kalau sebaik mana pun kita, pasti ada yang dengki dan cuba ingin menjatuhkan. Pesanan Abang Nara, kalau betul Izara tak buat semua itu, abaikan sahaja tulisan-tulisan sebegitu. Daripada pening kepala memikirkannya, baik Izara hafal skrip atau buat persediaan untuk lakonan. Tak ke gitu?

Catat Ulasan