(VIDEO)Yuna Nyanyikan Lagu Incubus “I Miss You” Untuk Billboard Candid Covers

Nampaknya bintang Yuna di Amerika Syarikat semakin bersinar daripada hari ke hari. Terbaru, Yuna merakamkan video untuk Billboard Candid Covers dengan menyanyikan lagu “I Miss You” yang pernah dipopularkan oleh Incubus. Pastikan anda menonton video ini kerana Yuna turut menyatakan betapa dirinya kecewa ketika kemenangannya untuk Anugerah Lagu Terbaik AIM ditarik balik.
Tahniah kepada Yuna kerana berjaya memasuki laman web Billboard. Rasanya Yuna ialah artis pertama Malaysia yang berjaya di Amerika Syarikat sehingga ke tahap begini. Semoga pengorbanan Yuna di Amerika Syarikat akan berbaloi jua akhirnya. Good luck and all the best Yuna.

Catat Ulasan