GAMBAR | ARTIS & AZAM 2012


ARTIS & AZAM 2012
Nasha Aziz: Pelakon jelita ini berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini (diri dan agama), lebih tegas membuat keputusan, lebih berhati-hati dari terus dibuli oleh kaum lelaki (majikan atau teman lelaki) dan jelaskan hutang tertunggak.
Didie Alias: Pelakon dan pelawak, Didie Alias memberitahu azamnya pada 2012 adalah untuk menerbitkan sebuah program bual bicara khusus untuk para wanita. Selain itu juga, Didie berkata, dia juga ingin menerbitkan program berbentuk hiburan, santai dan fesyen.
“Tahun 2012 adalah tahun untuk saya mengembangkan lagi sayap kerjaya ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.
Elfira Loy: Pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini ingin mencuba lebih banyak watak mencabar pada tahun 2012. Baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Elfira berkata dia kini boleh menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia lakonan sebelum kembali menyambung pelajaran.
Zul Ariffin: Bekas kekasih pelakon Abby Abadi ini memberitahu masih belum puas dengan hasil lakonannya.Oleh itu, 2012 adalah tahun untuknya memperbaiki diri dan mutu lakonan dan seterusnya menjadi seorang pelakon berkaliber.
Fasha Sandha: Azamnya pada tahun 2012 adalah untuk mengembangkan perniagaan salun miliknya dengan membuka beberapa lagi cawangan. Ujarnya, dia juga akan bertemu jodoh dan mengharapkan peminat mendoakan kebaikan untuknya.
Nuffnang Ads
Dynas Mokhtar: “Saya mahu menambah bilangan anak kerana Kyhra pun sudah besar dan saya nak mengembangkan perniagaan butik Dynas Nursing Attire (DNA serta membuat lebih banyak promosi. Diharap Tahun Naga akan menjadi tahun yang baik untuk kita. Insya Allah.”
Linda Onn: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn pula berazam untuk menaikkan lagi jumlah pendengar stesen radio itu supaya ia menjadi radio pilihan pendengar.
Zed Zaidi: “Saya nak jadi penerbit filem yang berjaya seperti Datuk Yusof Haslam, Rosyam Nor, Norman KRU dan David Teo.”
Nanu Baharudin: “Sebenarnya saya tiada azam baru. Tiap-tiap tahun mempunyai azam yang sama. Saya akan memastikan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan bekerja lebih kuat.”
Aaron Aziz: “Saya tak pernah ada azam sebab tak tahu apa yang akan dilakukan pada masa hadapan. Apa pun, saya akan buat yang terbaik dan berharap dapat melakukan ibadah umrah pada tahun 2012.”
Dj Lin Suria FM: “Ingin lebih berjaya sebagai penyampai radio Suria FM dan memperkenalkan Suria di serata Malaysia dan luar negara.”
SUMBER :MSTAR ONLINE

Catat Ulasan