Berita Palsu Kematian Remy Ishak Disebarkan Di Twitter

Abang Nara ingatkan artis Hollywood sahaja yang banyak kali “mati” di Twitter. Nampaknya nasib yang sama turut menimpa artis Malaysia. Terbaru, nama Remy Ishak telah masuk di dalam senarai trending Twitter di Malaysia akibat penyebaran berita palsu kematiannya.
remy ishak meninggal dunia
Abang Nara tak tahu siapa yang memulakan berita palsu ini, namun Remy Ishak sebenarnya masih sihat walafiat. Kemungkinan besar berita palsu ini bermula setelah Remy Ishak dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman di paru-paru. Untuk makluman anda, Remy Ishak telah pun keluar daripada hospital dan telah turut sama di dalam event Harian Metro malam semalam di Johor Bahru.
remy ishak
Diharap semoga penyebaran berita palsu seumpama ini dapat dihentikan dan tidak akan terjadi kepada artis-artis Malaysia yang lain.

Catat Ulasan