Jimmy Shanley Tolak Ajakan Suhaila Untuk Selesai Kes Secara Baik

Ego atau mahu menegakkan kebenaran? Hanya Jimmy Shanley yang tahu jawapannya apabila menolak ajakan isterinya, Suhaila untuk menyelesaikan kes penceraian mereka secara baik. Ini semua dilakukan oleh Suhaila kerana memikirkan masa depan anak mereka berdua.
jimmy shanley
Kata Suhaila kepada wartawan Mstar Online:-
Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah. Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini.
Malah menurut Suhaila, Jimmy hanya sekali dua menjenguk anak mereka sedangkan Suhaila tidak pernah menghalang bapa kepada Zahrah itu untuk datang ke rumah mereka. Nasib baik ibu Suhaila sering membawa Zahrah bertemu Jimmy untuk memastikan Zahrah mendapat kasih sayang seorang ayah.
Sukar untuk Abang Nara buat kesimpulan kerana hanya Jimmy dan Suhaila sendiri yang tahu masalah sebenar rumah tangga mereka. Kita sebagai peminat hanya mampu berdoa agar permasalahan mereka dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa menjejaskan masa depan anak mereka. Amin~~

Catat Ulasan