Pelancong yang sedang berkayak nyaris maut dihempap ikan paus

LONDON - Sekumpulan pelancong asing yang sedang berkayak di perairan Hawaii nyaris maut apabila seekor paus raksasa tiba-tiba muncul dan melompat tinggi ke udara.

Mereka bagaimanapun terlepas daripada maut berikutan percikan air laut yang terhasil setelah paus berkenaan melompat itu memasuki ke dalam laut.
Pelancong berkenaan terpaksa kuat berdayung bagi mengelak sebarang malapetaka kerana terdapat percikan ombak yang terhasil di permukaan laut.

Ketika kejadian, pelancong itu berada di pantai Maui yang menjadi lokasi mamalia laut tersebut untuk melahirkan anak kerana kawasan itu mempunyai suhu lebih tinggi.
Dianggarkan sebanyak dua pertiga paus gergasi yang berada di kawasan utara Pasifik berhijrah ke Hawaii setiap kali musim sejuk tiba.

Para saintis tidak pasti punca paus itu melompat tetapi mereka percaya ia merupakan proses untuk membuang parasit yang melekat pada badan mamalia itu.
Jumlah ikan paus menurun secara dramatik berikutan pemburuan secara terancang tetapi jumlahnya kini kembali meningkat kepada 35,000 ekor.

Catat Ulasan