Remaja 16 tahun kantoi beromen dalam kereta dapat 5 saman


hiasan semata mata
Inilah realiti remaja sekarang, sudah tidak mengenal batasan dalam pergaulan sehinggakan dalam kereta pun boleh berasmara. Apa sudah jadi dengan remaja sekarang ini?

Dipetik daripada TheBorneoPost, dua remaja yang sedang bercinta dikenakan lima saman trafik awal pagi Sabtu lalu selepas percubaan mereka untuk melarikan diri daripada dikejar polis, gagal. Pasangan kekasih tersebut yang masing-masing berusia 16 tahun dari Kampung Bako, dikatakan sedang bermadu asmara di dalam sebuah kereta Viva yang diparkir berdekatan sebuah bank di kawasan Padungan, Kuching.

Semasa polis memeriksa kereta tersebut sekitar jam 3 pagi, remaja berkenaan terus memecut laju keretanya. Dalam usaha melarikan diri, remaja terbabit melanggar lampu isyarat di Jalan Padungan, Sekama dan Foochow sebelum kereta mereka terbabas di longkang kecil kerana tayarnya pancit.

Difahamkan, kereta terbabit milik seorang lelaki dipercayai rakan mereka yang pada awalnya menjemput pasangan itu dan satu lagi pasangan kekasih lain untuk keluar malam bersama di bandar raya ini. Lima individu terbabit dikatakan singgah di Taman Sri Sarawak sebelum pasangan kekasih itu meminjam kereta lelaki berkenaan dan beredar mengikut hala tuju masing-masing.

Polis mengeluarkan tiga saman atas kesalahan melanggar tiga lampu isyarat, satu saman atas kesalahan melarikan diri dari pemeriksaan polis dan satu saman kerana memandu tanpa lesen. Pasangan kekasih itu kemudiannya dilepaskan atas jaminan ibu bapa mereka, yang tiba di balai polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Catat Ulasan