Lelaki Ini Mempunyai 39 Isteri, 94 Anak Tinggal Bersama Di Satu Rumah Yang ada 100 Bilik

Mungkin juga ini adalah keluarga terbesar di dunia.Ziona Chana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu perempuan dan 33 orang cucu yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama.Rumah empat tingkat dengan 100 bilik terletak diatas sebuah bukit di perkampungan Baktawng di India.Uniknya,dia juga mempunyai sekolah sendiri,taman permainan,kebun sayur-syuran bengkel pertukangan serta kandang babi dan ladang ternakan bagi memnuhi keperluan keluarganya yang besar.Bagi menyediakan malam sahaja dia biasanya memerlukan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras.
Ini bukanlah sebuah Hotel tetapi kediaman Ziona yang terletak di Baktawng Mizoram, India
“Saya manusia ciptaan tuhan yang istimewa kerana Dia memberikan ramai orang untuk menjaga saya.Saya menganggap diri saya cukup bertuah kerana mempunyai 39 isteri dan menjadi ketua keluarga terbesar di dunia.”kata Ziona.Bagi memastikan kedidupan berjalan lancar,isteri tertuanya,Zathiangi mendisplinkan ahli keluarga seperti displin ala tentera dengan merangka jadual buat semua isteri Ziona yang lain serta bergilir-gilir menjalankan kerja-kerja rumah seperti membasuh,membersih dan menyediakan makanan.



Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona.Rikmini,35,salah seorang isterinya berkata,”kami menginap di sekelilingnya kerana dia adalah orang yang paling penting dan yang paling kacak dalam kampung ini”.
Satu lagi isteri-isterinya, Huntharnghanki, seluruh keluarga akan hidup bersama-sama dengan baik. Sistem keluarga bersadarkan ‘kasih dan saling menghormati’.
Ziona berkata dia tidak berhenti mencari isteri baru.
Untuk mengembangkan keluarganya, saya bersedia untuk pergi ke Amerika Syarikatuntuk berkahwin, “katanya.Anak-anaknya juga turut mendesakknya supaya dia mencari isteribaru lagi dan berkahwin dengan wanita miskin dari kampung supaya dia boleh menjaga mereka.
Ziona dan 39 isterinya
SUMBER : ABADI ROMEO

Catat Ulasan