Apabila Palestin Bantu Israel Padamkan Kebakaran

Israel menerima bantuan dari banyak negara ketika sukar mengatasi kebakaran hutan yang terburuk di negara itu dan telah meragut puluhan nyawa sejak Khamis, 2 Disember 2010. Menariknya, bantuan juga datang dari Palestin, yang selama ini menjadi mangsa serangan dan penindasan Israel.

Bantuan itu diuruskan seorang pejabat keamanan Palestin, Ahmed Rizek Abu Rabia, seperti dipetik dari laman YNet News, 3 Disember 2010. Menurut Rizek, Palestin mengerahkan sejumlah trak pemadam untuk membantu mengatasi kebakaran di Taibe dan Barta'a. Itu merupakan dua desa Arab di kawasan Galilea, Israel.


Kumpulan pemadam berhasil memadamkan api di dan sekitar Barta'a. Namun kumpulan pemadam Palestin terus beroperasi di wilayah itu. "Ini merupakan bencana kemanusiaan," kata Rizek. "Pihak Palestin menawarkan segala daya untuk membantu menerusi saluran rasmi."


Selain Palestin, negara yang selama ini berseteru dengan Israel turut mengerahkan bantuan. Mereka adalah Jordan, Mesir, dan Turki. Beberapa negara Barat juga menghantar bantuan darurat.


Menurut pejabat berita Associated Press, kebakaran hutan itu hingga kini dianggap yang terburuk dalam sejarah Israel. Api dengan cepat menghanguskan banyak pokok di hutan Carmel, yang terletak di kawasan Galilea, dan kini dikhabarkan mendekati kota pelabuhan Haifa. "Ini merupakan bencana yang tidak diduga-duga," kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.





Catat Ulasan