[18+] Nurul Ain mengaku bodoh tapi bukan salah dirinya sendiri

Masihkan anda ingat gambar separuh bogel ini?
gambar ni telah menimbulkan kontroversi hangat.. kini, model bagi poster filem suatu malam kubur berasap ini, Nurul Ain mula membuka mulut mengenai isu yang hangat ini.

Mengaku yang dia hanya bersuar dalam tanpa coli.. dia cakap dia hanya mengikut cakap..

Seperti yang dilaporkan Utusan :

“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.

Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”

Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.

“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.

Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.

“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta. Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?

“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan. “Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi.
Kiranya mengakula kebdodohan diri sendiri ye tak?jujurla.. kalau memang adik sendiri pun mau Khalis tampor kalau bergambar camni.. tapi memang macam takde hak ke yg membolehkan dia nak saman bekas kompeni dia ni..memang gila malu arr..

Catat Ulasan