Tubuh Kanak-Kanak Berasap Terkena Renjatan Elektrik



KESAN simen berlubang di Stesen Komuter Sungai Gadut, Seremban selepas seorang kanak-kanak terkena rencatan elektrik semalam.



SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah selepas terkena renjatan elektrik dipercayai dari kabel bervoltan tinggi ketika bermain alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu, mangsa Mohd. Shafiq Mat Isa melecur pada kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badannya.
Alat kawalan jauh yang digunakan untuk bermain kereta pula terbakar.
Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak malang terbabit mengikut ibunya yang sedang bekerja di stesen komuter itu sebagai kakitangan pembersihan.
Ibu mangsa, Norashahin Ujang 52, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak komuter manakala anaknya itu bermain sebuah alat kawalan jauh (tanpa kereta mainan) di luar gerabak berkenaan.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak saya terkejut melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap,” kata Norashahin ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJ) di sini semalam

Catat Ulasan