Serius Sadis - Panggilan Terakhir Sebelum Kematian

Kisah tragis 4 mangsa kemalangan maut
Video dibawah ialah rakaman suara Officer Mark Saylor , seorang pegawai Polis Lebuhraya California (Cali Highway Police). Pada Ogos lalu, beliau sedang memandu sebuah Toyota Lexus bersama isteri, anak perempuan dan adik lelaki iparnya diatas sebuah lebuh raya. Tiba-tiba padel minyak Lexus tersebut tersekat dan mereka tidak dapat memberhentikan kenderaan. Lexus tersebut kemudian memecut melebihi 120 batu sejam (193 kmh). Mark Saylor kemudian menelefon talian 911 untuk mendapatkan bantuan. Dalam rakaman audio dibawah kita boleh mendengar saat-saat akhir sebelum keempat-empat penumpang kenderaan maut! Sungguh chilling sekali. Boleh dengar impak Lexus merodok kereta lain sebelum berpusing beberapa kali dan terbakar.


Selepas kemalangan ini Toyota menarik semula 3.4 juta model kereta buatan mereka yang disyaki mempunyai masalh pedal minyak yang mudah tersekat. I think most of you heard about thisPHAILURE by Toyota. Akibat kematian Mark Saylor (45), Cleofe Saylor(45) , Mahala Saylor (13) dan Chris Lastrella (38) , Toyota membayar ganti rugi sebanyak USD 10 juta kepada waris mangsa. Crazy eh?


So sebelum kita kutuk Proton pasal power window gagal, ingatlah yang at least korang tak akan mati bodoh pasal pedal minyak tersekat!

Laporan asal Jalopnik

Catat Ulasan