Wanita ini mahu bunuh diri kerana payudara yang terlalu besar

Seorang perempuan bernama Kerrie Jewell dan berusia 41 tahun berjuang mendapatkan pembedahan pengecilan payudara dari lembaga kesihatan Britain. Jewell tinggal di coulby Newham berhampiran Middlesbrough, United Kingdom.

Dilaporkan Daily Mail, ia mengaku berada di ambang keinginan bunuh diri kerana saiz payudaranya yang mencapai 40 HH. Dalam kesempatan itu, dia mengatakan sering diejek selama 25 tahun kerana saiz payudaranya.
Jewell yang tidak punya pekerjaan apapun dan hanya mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan mengatakan jika sudah meminta kepada doktor untuk mengurangkan saiz payudaranya sejak usia 16 tahun. Ia mengaku menderita sakit punggung, bahu, dan kaki akibat beratnya beban yang harus dibawanya.
Jewell juga perlu membayar secara khusus reka bentuk bra untuknya yang harganya 50 poundsterling. Walau dia sering mendapat nasihat untuk mengurangkan berat badan sebelum melakukan prosedur pembedahan pengecilan payudara namun ia tetap mahukan pembedahan terus.
“Saya tidak mahu kelihatan seperti top model. Saya hanya ingin hidup normal dan tidak diejek,” jelasnya.

Catat Ulasan