Suami Perkosa Kemudian Tembak Isteri Dengan Senapang

[tattoo-fail-wife-dead-arm-pic]
Seorang lelaki didapati bersalah di sebuah mahkamah di NSW, Australia, kerana cuba menyakiti dan memperkosa serta membunuh isterinya. Demikian dietik Sydney Morning Herald, Khamis (14/7/2011).
Wanita yang identitinya dirahsiakan ini menderita kekerasan fizikal antara tahun 1977 dan 1997 termasuk ditembak, dicekik dengan kabel elektrik, dan memaksa si isteri berhubungan seks setelah mengancam dengan pisau dan senapang.
Lelaki ini didapati bersalah atas 17 dakwaan termasuk beberapa kekerasan seksual dan pemaksaan seks serta tiga usaha pembunuhan.
Dalam satu ketika, si suami menarik rambut isteri keluar rumah dan menggunakan kabel untuk mencekiknya. Si perempuan berusaha lari namun ketika ia mengelakkan suami tetapi ia kemudian ditembak dengan senapang berkaliber 22.
Si lelaki itu didapati bersalah tetapi tiga daripada 20 tuduhan dakwaan yang ditujukan kepadanya setelah sidang berlangsung selama sebulan di mana ia mewakili dirinya sendiri. Ia bersumpah akan membuat rayuan selepas keputusan dibacakan. Si isteri yang menjadi mangsa berteriak dari kerusi tetamu. “Ia tidak dapat menyakiti kita sekarang,” ujarnya. Si lelaki masih dalam tahanan untuk menunggu keputusan itu setelah didapati bersalah.

Catat Ulasan