[18SX] Mati Pucuk

Gambar Hiasan

  Mati pucuk adalah kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Nama lain bagi mati pucuk adalah disfungsi erektil dan ‘impotens’ bagi istilah perubatan.
Lelaki yang berumur lanjut lebih berisiko mendapat mati pucuk atau disfungsi erektil. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. 
Untuk sembuh dari mati pucuk, seseorang yang menghidapinya perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.
Selain itu, mati pucuk dapat dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti: 
  • Minum air secukupnya.
  • Minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih dapat melancarkan pengaliran darah ke bahagian tubuh badan dan bahagian penis.
  • Kurangkan makan daging merah.
  • Mati pucuk disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak lancar pada bahgian penis. Elakkan ini berlaku dengan cara, kurangkan makan daging merah dan makanan berlemak tinggi seperti telur kerana lemak boleh berkumpul pada pembuluh darah dan menghalang pengaliran darah dengan lancar ke seluruh badan. Memakan daging merah boleh menyebabkan penghasilan sperma anda menjadi rendah.
  • Amalkan diet seimbang.
  • Makanlah sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin untuk mengelakkan mati pucuk. Buah-buahan segar dapat membantu anda menurunkan kadar trigliserida yang berkumpul pada pembuluh darah ( arteri) sekaligus menyingkirkan lemak dari badan anda. 
  • Kurangkan lemak dan kolesterol.
  • Lemak dan kolesterol dalam darah boleh menyekat aliran darah sampai ke penis. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku kurangkan makan makanan segera dan makanan yang diawet dalam tin. Makanlah makanan yang kurang lemak dan banyakkan memakan sayuran hijau dan buah-buahan segar.
  • Supleman.
  • Makanlah suplemen tambahan seperti Gingko biloba yang dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke alat kelelakian anda.
  • Bersenam.
  • Bersenamlah selalu dan secara teratur seperti berjalan kaki, berjogging, berbasikal, berlari dan berenang bagi meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan anda. Cuma 30 minit 3 kali seminggu.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat.
  • Jauhilah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol, gaya hidup tersebut boleh menyebabkan anda mendapat mati pucuk dengan lebih cepat.
  •       Kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada merawat elakkan sebelum kena, agar kehidupan rumah tangga anda berada dalam keadaan aman dan bahagia selalu.
 *Jumpalah doktor jika anda mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk. 

Catat Ulasan