AERIL ZAFREL bukan playboy!

AERIL ZAFREL























SIAPALAH gadis bertuah yang berjaya memiliki cinta pelakon kacak Aeril Zafrel (22) ni ya! Sungguh elok sekali dan sejuk mata memandang. Haa… Mangga dengar-dengar Aeril ni ada ramai teman wanita. Betul ke ni?
Cerita Aeril:
“Hehe… Tak baik gosip-gosip tau! Kalau ada yang anggap saya ni suka bertukar-tukar teman wanita atau playboy tu… Mereka dah silap anggap tau!
“Tak dinafikan saya memang ramai kawan perempuan. Bila ada masa terluang dan tak ada shooting, dah tentu saya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan mereka. Mungkin ini menyebabkan ada yang salah anggap.
“Bila rapat dan mesra dengan kawan-kawan perempuan, itu tak bermakna kami bercinta kan? Lagi pun saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan tahu batasannya.
“Tentang kekasih, buat masa ni saya tak nak fikir pasal tu. Biarlah saya fokus kerjaya dan merebut peluang yang ada untuk berjaya dalam bidang ni. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.
“Saya ni tak terlalu cerewet, kalau ada yang berkenan di hati saya pasti beritahu Mangga ya! Bukan senang nak cari kekasih yang betul-betul memahami dan boleh terima kita seadanya.”
Baguslah tu Aeril… Nanti Mangga carikan awek untuk Aeril. Pasal kerjaya, Aeril sedang shooting filem Super Duper Lover dengan watak Mukhlis. Tak lama lagi Aeril akan muncul dalam siri drama Klik 2 (Astro Ceria) serta filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura pada Mac 2012 nanti! Semoga Aeril terus sukses ya!

Catat Ulasan