Ana Dahlia & Che Riz Kini Bergelar Suami Isteri

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon filem ‘Mantra’, Diyana Mastura Jaafar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, tepat jam 12.20 tengah hari tadi, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi, Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 15 dulang daripada pihak perempuan.
Ana Dahlia yang ditemui selepas acara akad nikah melahirkan rasa syukurnya kerana semua yang dirancang berjalan lancar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada bebebrapa perkara yang diubah pada saat-saat akhir.
“Pastinya, detik ini menjadi satu hari yang bersejarah buat saya dan Riz kerana telah sah menjadi suami isteri,” ujar Ana yang anggun dengan persalinan rekaan Fendi dari Butik Syarakim.
Selepas acara akad nikah, majlis persandingan akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
Selepas itu, majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini.
Ana Dahlia yang juga bekas peserta program ‘Pilih Kasih’ musim pertama mengikat tali pertunangan bersama Chef Riz pada 5 Oktober lalu.

kredit to meow.my

Catat Ulasan