Awas! Penggunaan WIFI boleh membunuh Sperma anda



Mengikut kajian yang baru diterbitkan minggu lepas dalam jurnal Kesuburandan Kemandulankomputer riba dengan WiFi boleh merosakkan sperma lelaki.

Untuk menguji teori tersebut, penyelidik Argentina meletakkan setitik sperma yang sihat berdekatan laptop yang sedak memuat turun data. Selepas empatjam, satu perempat daripada sperma tersebut telah berhenti berenang,berbanding dengan 14 peratus sperma dalam kumpulan kawalan yangdiletakkan jauh dari komputer. Di samping itu, 9 peratus sperma berhampirankomputer mempunyai kerosakan DNA, tiga kali ganda daripada sperma dalam kumpulan kawalan.

Penyebabnya ialah sinaran elektromagnet dari internet tanpa wayar (WIFI), kata saintis. Namun begitu, mereka berkata pada peringkat ini, keputusantidak muktamad sehinggalah terdapat lebih banyak penyelidikan dilakukan.

Dalam kajian yang lain yang disiarkan dalam jurnal yang sama, penyelidikAmerika Syarikat meletakkan sensor suhu pada skrotum(bahagian sulit bagi lelaki) kepada 29 orang lelaki. Lelaki-lelaki tersebut bekerja menggunakankomputer riba diatas riba mereka, dan selepas 10 hingga 15 minit berlalu,suhu skrotum meningkat ke paras yang diketahui merosakkan penghasilan sperma.

Untuk pengeluaran sperma yang maksimum, buah zakar perlu kekal sejuk,walaupun satu hingga dua darjah di bawah suhu badan. Menggunakankomputer riba boleh menyebabkan suhu meningkat sebanyak 2.5 ° C dalamsatu jam, menurut kajian itu.

Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan gunakan meja atau cuba  menggunakan pad laptop dan menjaga jarak kaki anda dari laptop anda. Namun begitu, ianya hanya akan bertahan selama 20 minit, menurut pakar urologi kajian Dr. Yefim Sheynkin University of New York di Stony Brook.

Wassalam~

Catat Ulasan