Diana Danielle menyanyi kerana minat

Kehadiran pelakon jelita Diana Danielle yang semakin popular dalam bidang nyanyian kini membuktikan dia semakin menyerlah sebagai seorang penyanyi. Walaupun pada mulanya dia hanya dikenali sebagai pelakon, tetapi hasrat dan cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi terlaksana jua akhirnya. Begitulah yang terjadi dengan pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson yang mendapat lamaran sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini.



"Kalau dah tua nanti, takkan saya nak buat kerja ni lagi. Saya tidak mahu terlalu mengharap dalam bidang ini. Saya menyanyi kerana minat sahaja tetapi untuk jangka masa panjang, saya pasti akan memilih kerjaya lain," kata Diana Danielle yang penuh dengan ceria dan senyuman.

Catat Ulasan