Ditahan Kerana Jual Kondom Obama


NEW YORK – Pihak Polis New York telah menahan seorang lelaki kerana menjual kondom bergambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk kali ketiga.

Jose Andujar (43) ditahan di Times Square kerana didapati menjual kondom Obama. Pihak polis berkata, penangkapan itu untuk kali ketiga itu adalah kerana melakukan penjualan barang tidak berlesen, menurut laporan DailyMail.

Sebelum itu, Penghakiman Negeri pernah memutuskan Andujar tidak memerlukan lesen untuk menjual kondom tersebut, dan produknya dilindungi perlembagaan di atas nama kebebasan bersuara. Namun, pihak polis tetap berkeras untuk menahannya.



Selain kondom Obama, Andujar turut menjual satu lagi kondom yang menggunakan nama tokoh politik Amerika Syarikat Sarah Palin. Slogan-slogan politik mereka dijadikan ayat iklan untuk menarik pembeli.


Catat Ulasan