Inilah pub halal yang pertama didunia




LONDON - Sebuah pun halal pertama di Britain dibuka pada Disember lalu di Oldham yang menawarkan meja snuker dan muzik, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pub yang diusahakan oleh Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, Muzahid Khan dikenali dengan nama Halal Inn tidak menjual minuman keras.
Pengunjung pub itu boleh bermain snuker, dart dan karam iaitu sejenis permainan mirip biliard.
Kuiz bertemakan Islam juga diatur pada waktu malam untuk pengunjung.
"Penganut Islam merupakan pengguna utama dan mereka memerlukan sebuah tempat untuk bersantai dan bersosial sama seperti orang lain," kata Muzahid.

"Bagaimanapun, terdapatnya minuman keras bermakna pub tidak sesuai untuk mereka yang mengikut ajaran Islam menyebabkan ia merupakan tempat terbaik untuk mereka," tambahnya.

"Kini lebih banyak pub yang ditutup di seluruh negara dan kami percaya menukarnya menjadi pub Islam mungkin boleh menjadi satu kejayaan di mana-mana di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam," jelasnya.

Walaupun pub Islam, seperti tradisi British, ia merupakan suasana yang dikuasai oleh pelanggan lelaki walaupun tidak ada larangan terhadap pengguna wanita.
Muzahid bersetuju bahawa siaran langsung perlawanan bola sepak dan kriket akan menarik lebih ramai pelanggan.

"Ia merupakan satu konsep baru tetapi akan melibatkan satu tempoh untuk orang ramai membiasakan diri untuk menggunakannya walaupun terletak di kawasan komuniti Islam," katanya.

1 comments:

heay it a really nice place . . .
why they don open it in paris ?

Reply

Catat Ulasan