Kasut Yang Buat Orang Sama Tinggi..



Ini ada berita baik untuk sapa-sapa yang rasa diri diorang tu pendek..Kalau korang nak tahu, seorang designer dari Berlin iaitu Hans Hemmert telah pun berjaya mereka satu fesyen kasut baru yang membolehkan si pemakai mempunyai ketinggian yang sama dengan orang lain iaitu setinggi 2 meter (6 kaki 7 inci)..


Apa motif designer ni buat kasut macam ni? Alasan dia simple je, sebab nak menghilangkan perasaan janggal dan malu apabila berkomunikasi dengan orang yang berbeza ketinggian terutamanya dalam majlis seperti di pesta dan berkumpul beramai-ramai..Kiranya macam nak bagi senang ada eye contactla bila bercakap dengan orang..Tak payah yang si pendek nak mendongak ke langit bila cakap dengan orang yang tinggi dan yang tinggi pulak tak payah la nak menunduk bila bercakap dengan si pendek..Macam tu punya cara pun ada ke? =,='


Lagi satu, sebelum kasut ni dipakai, ketinggian sebenar seseorang tu akan disukat terlebih dahulu bagi memudahkan proses mencari kasut dengan ketinggian yang sesuai..Amacam? Rasa-rasa ada yang berminat tak? Hehehehe =D





Bagi sapa-sapa yang nak tahu apa lagi projek-projek terkini daripada Hans Hemmert ni, boleh tengok kat sini ekk..


p/s: rupa macam terompah kayu pun ada sikit..hehehehe

Catat Ulasan