Mael Lambong Merupakan Filem Terakhir Juliana Evans


Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans, 22 tahun ialah seorang pengacara TV, aktres dan juga model iklan Malaysia. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan begitu popular bermula dengan rancangan ‘Remaja’. Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan tetapi belum lagi bakatnya menyerlah sepenuhnya beliau mengambil tindakan untuk berhenti berlakon dan melupakan dunia hiburan. Alamak, mahu ikut jejak langkah Que Haidar ke?

Apapun, berita penghijrahannya ke luar negara Januari hadapan menjawab segala teka-teki kerana beliau mahu menyambung pelajaran di sebuah universiti di Michigan, Amerika Syarikat. Pada ketika ini, beliau sedang sibuk membuat persiapan termasuk visa dan sebagainya. Disebabkan itulah beliau terpaksa menolak pelbagai tawaran berlakon kerana mahu fokus terhadap semua persediaan ke sana.
Mael Lambong (lihat gambar disebalik tabir filem ini) merupakan lakonan terakhirnya. Apabila dia kembali bergandingan dengan Zizan dalam filem ini, pastinya cerita kisah cinta mereka akan kembali dibangkitkan dan diperkatakan peminat dan secara tidak langsung akan membangkitkan semua nostalgia yang pernah dilalui mereka. Apapun, menurut Juliana Evans ini, walaupun sedar akan perkara itu, tetapi dia menegaskan mereka berdua selesa berkawan. Beliau tidak mahu ada hubungan dengan sesiapapun kerana tidak percaya dengan cinta jarak jauh.
Tahniah kepada Juliana Evans kerana mengutamakan pelajarannya. Menurut beliau sepatutnya pada usia 22 tahun ini, beliau sudah menggenggam ijazah. Lagipun, 2 tahun itu tidak lama. Di sana nanti beliau akan mengambil kursus jangka pendek dalam bidang lakonan ataupun di belakang tabir. Semua ilmu itu akan dicurahkan apabila habis belajar nanti.

Catat Ulasan